Bestsoft Enterprise

HUBUNGI KAMI SEKARANG!

Syarikat Bestsoft Enterprise pengedar tunggal perisian e-Kamus 6.0. Tidak terdapat di pasaran luar seperti kedai buku. Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
>> Isi borang di sebelah kanan blog.

ATAU

>> Telefon kami di 0192337847 atau 0126863902

ATAU

>> e-Mel - zahari.ekamus@gmail.com
Jangan tunggu lagi. Dapatkan e-Kamus 6.0 sekarang!!

Monday, July 14, 2014

Kaedah Carian Makna: 'Keyboard'

Salam sejahtera,

Terdapat tiga (3) cara carian makna menggunakan keyboard (papan kekunci); iaitu:

  1. Taip perkataan terus di ruangan carian makna.
  2. Carian makna menggunakan simbol ‘?’
  3. Carian Automatik

Disertakan di sini langkah-langkah penggunaannya.


Kaedah menaip terus di ruangan carian makna

Kaedah carian menggunakan simbol '?'

Kaedah carian automatik

Tips Tambahan

1.         Untuk memulakan pencarian baharu, tekan butang ‘ESCAPE’ di papan kekunci.
2.         Copy dan paste - Anda boleh copy dan paste teks yang terdapat di tetingkap penerangan e-Kamus.
            Untuk berbuat demikian, sila klik kanan tetikus anda dan copy.

Sekian dahulu dan jumpa lagi!

Wednesday, July 9, 2014

Kaedah Carian Makna Perkataan

Assalamu'alaikum..

Salam sejahtera semua :)

Jom kita tengok bagaimana untuk mencari makna perkataan menggunakan perisian e-Kamus 6.0.

Terdapat dua (2) kaedah carian makna perkataan:

A)    Papan Kekunci (Taip) - dengan tiga (3) cara carian 

  1. Taip perkataan terus di ruangan carian makna.
  2. Carian makna menggunakan simbol ‘?’
  3. Carian Automatik

B)     Tetikus (Mouse click) - dengan dua (2) jenis imbasan perkataan.

  1. Read from Clipboard, dan
  2. Dwi Klik (Double click).

Nanti kami jelaskan lagi dalam next entry.


Jumpa lagi!

Tuesday, July 8, 2014

Pengaktifan e-Kamus

Salam sejahtera,

Paparan butang mula e-Kamus 6.0
Selepas pemasangan (installation), e-Kamus perlu diaktifkan. Pengaktifan perisian e-Kamus dibuat dengan klik ikon e-Kamus yang terpapar di desktop.



Activation Key

Setiap pek e-Kamus dibekalkan dengan satu (1) Activation Key. Activation Key perlu dikey-in untuk mengaktifkan e-Kamus.

Contoh cetakan Activation Key
Apa dia Activation Key?

  1. Satu ciri keselamatan yang melindungi e-Kamus daripada digunakan oleh komputer lain tanpa kebenaran pemilik.
  1. Activation Key dibina dengan sistem keselamatan dan dicetak secara rawak oleh komputer pengeluar e-Kamus.
  1. Setiap Activation Key adalah bersifat individu dan istimewa. Setiap Activation Key hanya dicetak sekali sahaja.
  1. Pengaktifan Activation Key yang sama pada komputer kedua akan menyahaktifkan e-Kamus pada komputer pertama dengan serta merta.
  1. Jika berlaku keadaan seperti perlu format komputer atau menukar komputer baharu, hanya install perisian dan aktifkan semula Activation Key.
Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami ya ;)

Installation e-Kamus 6.0

Salam sejahtera,

Pemasangan perisian e-Kamus sangat mudah. Sekiranya komputer anda disetkan dengan 'Auto run Mode', tetingkap pemasangan akan muncul setelah anda memasukkan CD e-Kamus anda ke dalam pemacu CD-ROM.

Sekiranya komputer tidak disetkan pada 'Auto run Mode', sila ikut kaedah berikut:

1.      Klik My Computer.
2.      Klik dua kali pada ikon CD-ROM anda yang bertulis Setup.
3.      Klik pada Setup.exe untuk pemasangan.

Ikut arahan yang diberikan pada tetingkap pemasangan tersebut. Sekiranya pemasangan e-Kamus berjaya, akan terdapat:

  1. shortcut e-Kamus,
  2. shortcut Kamus Editor,
  3. shortcut Desktop Translator, dan
  4. shortcut laman web Learn English, pada desktop anda.

Klik dua kali pada shortcut e-Kamus dan ikon e-Kamus akan dipaparkan di desktop anda. Klik ikon tersebut untuk membuka tetingkap utama e-Kamus.

Sekiranya tiada ‘shortcut’ di desktop, buka perisian di ‘All Program’ > klik ‘e-Kamus’ dan pilih fungsi e-Kamus yang dikehendaki.


Seiring dengan perkembangan teknologi, semua pemberitahuan berkaitan e-Kamus dibuat secara online. Sebarang ‘update’ akan diperoleh secara terus oleh pengguna yang aktif.

Jumpa lagi :)

Penyemak Ejaan bahasa Malaysia dalam MS Word

Salam sejahtera,

Selain carian makna perkataan, pengguna e-Kamus 6.0 diberi ‘bonusPenyemak Ejaan bahasa Malaysia dalam MS Word.  Ini boleh digunakan bersama-sama Word 2003 – 2010 (buat masa ini).

Penyemak ejaan ini berfungsi membuat penyemakan setiap perkataan bahasa Malaysia yang ditaip dan sekiranya terdapat kesalahan ejaan pada perkataan, e-Kamus akan mencadangkan perkataan yang tepat dan bersesuaian. Ini dapat membantu pelajar mempercepatkan lagi proses penyediaan sesuatu kertas kerja manakala kesalahan ejaan dalam bahasa Malaysia dapat dihindarkan.


Contoh penggunaan semakan ejaan

Penyemak ejaan ini dipasang (install) serentak dengan e-Kamus 6.0. Sekiranya perkataan tersebut salah ejaannya, ia akan digariskan merah (biasanya) dan anda hanya perlu klik kanan untuk cadangan perkataan yang betul.

Jumpa lagi!

Friday, July 4, 2014

Cara Penggunaan e-Kamus 6.0

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Ditunjukkan di bawah serba sedikit cara penggunaan e-Kamus 6.0. 

Secara asasnya, e-Kamus 6.0 adalah medium pencarian makna perkataan. Dua (2) cara carian makna iaitu taip perkataan di ruangan dalam perisian (gambar 1) dan carian pantas hanya double click (dwiklik) perkataan (gambar 2).

Kaedah Carian Makna Perkataan

Sekian dahulu. Jumpa lagi!



Ciri-Ciri e-Kamus 6.0

Ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam e-Kamus 6.0.


ü      Dilengkapi dengan pelbagai himpunan kamus mencakupi Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris , Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, Bahasa Melayu – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (Dwibahasa), Bahasa Inggeris-Bahasa Inggeris, istilah Komputer, Matematik, Sains, kedoktoran dan kejuruteraan.

ü      Berkeupayaan membaca kandungan kamus-kamus terkemuka (yang dihasilkan dalam format .dic) di mana pengguna boleh menambah ataupun membuang kandungan kamus yang dikehendaki.

ü      Didatangkan dengan fungsi ‘desktop translator’ bagi membolehkan pengguna membuat terjemahan artikel.

ü      Mencari makna perkataan tanpa perlu menaip (hanya double-click). Pencarian makna di hujung jari anda.

ü      Fungsi sebutan perkataan (suara) dalam Bahasa Inggeris.

ü      Dilengkapi dengan ciri penyemak ejaan Bahasa Melayu pada MS Word.

ü      Kandungan yang boleh dikemas kini melalui internet secara percuma.

ü      Penggunaan yang interaktif.

ü      Sesuai digunakan pada semua aplikasi yang berasaskan teks.

ü      Lebih 500,000 kata masukan (kata pencarian).

Sesuai untuk pelajar-pelajar dan  juga pensyarah di universiti.

Ringkas. Mudah. Berkesan.

Jumpa lagi!

Thursday, July 3, 2014

HUBUNGI KAMI SEKARANG!

Salam sejahtera,


>> Di mana hendak mendapatkan e-Kamus 6.0?? <<


Syarikat Bestsoft Enterprise merupakan pengedar tunggal perisian e-Kamus 6.0. 
Perisian e-Kamus 6.0 juga tidak terdapat di pasaran luar seperti kedai buku. 
Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Kami boleh dihubungi dengan kaedah di bawah:

Isi borang di sebelah kanan blog. Tinggalkan nombor telefon dan kami akan hubungi secepat mungkin.

ATAU

Telefon kami di 0192337847 atau 0126863902

ATAU

e-Mel kami di zahari.ekamus@gmail.com

Hubungi kami untuk urusan pembelian, penerangan lanjut dan bantuan teknikal berkaitan perisian.

Jangan tunggu lagi. Dapatkan e-Kamus 6.0 sekarang!!




Kelebihan e-Kamus Berbanding Kamus Buku

Assalamu'alaikum..

Salam sejahtera,

Leceh juga bila kadang-kala nak pakai kamus terutamanya bila berada di luar. Kamus berat..tidak praktikal rasanya hendak usung ke sana-sini. Itu belum  hendak selak muka surat cari perkataan yang sesuai. Jom kami beritahu kelebihan e-Kamus berbanding kamus buku :)

r     Kaedah pencarian yang lebih pantas.

Click to view
Kamus buku memerlukan kita membelek buku yang tebal sehingga 1500 muka surat semata-mata untuk mendapatkan sesuatu makna perkataan. Kebiasaannya, ia memakan masa sehingga 30 saat untuk mendapatkan sesuatu makna. Tetapi, dengan menggunakan perisian perkamusan, kita hanya memerlukan kurang dari 3 saat untuk mencari makna. Kita hanya perlu menaip pada papan kekunci untuk mencari beribu-ribu makna perkataan dan perisian akan melakukan proses pencarian untuk kita.


r     Senang untuk kemas kini

Salah satu ciri perisian kamus elektronik adalah kebolehupayaan memasukkan data. Di sini, pengguna boleh memasukkan data sendiri untuk tujuan kemas kini. Ini dapat menjimatkan masa dan ruang. Pengguna hanya perlu menaip pada ruangan yang disediakan untuk tujuan kemas kini.


r     Lebih informasi dan paparan yang lebih jelas 

Kamus elektronik menggunakan skrin (monitor) sebagai media paparan. Skrin berkeupayaan untuk memaparkan pelbagai informasi dalam satu masa. Berbanding dengan kamus buku, ruang paparannya amat terhad dan tulisan terpaksa dikecilkan semata-mata untuk memasukkan informasi dan penerangan. Keadaan ini menyebabkan kamus buku kelihatan tidak menarik.


Click to viewr     Kaedah teramat mudah untuk mendapatkan makna perkataan.


Kamus elektronik menggunakan kaedah enjin pencarian untuk mencari sesuatu makna. Enjin pencarian ini akan membantu pengguna untuk mencari makna perkataan dalam pangkalan data yang mempunyai beratus ribu maklumat. Dengan bantuan enjin pencarian ini, proses pencarian makna perkataan menjadi lebih mudah. Berbanding dengan kamus buku, pengguna terpaksa mencarinya sendiri dengan membelek kamus buku yang tebal. Proses ini memakan masa yang agak lama dan membosankan.

Pilihan di tangan anda.

Wednesday, July 2, 2014

Penggunaan & Aplikasi e-Kamus di Sekolah/Universiti

Assalamu'alaikum..

Salam sejahtera,

e-Kamus sangat sesuai digunakan oleh para pendidik mahupun pelajar. Jom review apa yang e-Kamus boleh buat untuk anda :)

r     Sebagai Bahan Rujukan Kata
E-Kamus boleh digunakan sebagai rujukan apabila para pelajar atau guru yang tidak memahami perkataan di mana-mana sumber media. Ianya bertindak sebagai kamus alternatif kepada kamus buku yang sedia ada.

r     Sebagai Sumber Penyelesaian kefahaman
Pemahaman kata adalah penting dalam memastikan kefahaman yang tepat. Keperluan untuk merujuk kamus buku yang tebal selalunya membuatkan para pelajar mengabaikan kamus dan hanya mengagak makna sesuatu perkataan. Ini mungkin menyebabkan kefahaman yang tidak tepat ataupun serong sama sekali.

r     Sebagai Penyemak Kerja
Di dalam program MS Word, hanya terdapat penyemak ejaan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, semua kerja yang ditaip dalam Bahasa Melayu tidak disemak ejaannya. Dengan penggunaan e-Kamus 6.0, ejaan dalam Bahasa Melayu bukan sahaja disemak tetapi cadangan perkataan yang terdekat juga diberikan (cadangan pintar).

r     Memudahkan dan mempercepatkan pembelajaran
Sumber maklumat yang utama masa kini iaitu internet merupakan sumber utama pelajar mencari maklumat apabila mengulang kaji pelajaran. Dengan kefahaman dan perbendaharaan kata yang baik, para pelajar dapat memantapkan pembelajarannya dengan lebih cepat dan mudah.

r     Memupuk semangat memperkaya perbendaharaan kata

Sebelum penggunaan e-Kamus, penguasaan perbendaharaan kata ini biasanya memerlukan kesabaran dan semangat ingin tahu yang tinggi. Namun demikian, dengan penggunaan e-Kamus, setiap pelajar dapat menguasai perbendaharaan kata dengan mudah dan cepat. Ini dapat menanamkan amalan mencari kata baru di kalangan pelajar.

Moga mendapat manafaat :)

APA ITU E-KAMUS 6.0

Assalamualaikum semua,

Salam sejahtera,

Diperkenalkan produk kami, E-Kamus 6.0; yang merupakan perisian dwi-bahasa (Melayu-Inggeris, Inggeris-Melayu) dengan himpunan pelbagai kamus

e-Kamus 6.0
RM80.00

Ia dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran pada hari ini. 

Fungsi pengimbas (text capture) membolehkan pelajar mendapatkan makna perkataan hanya dalam sesaat melalui sentuhan tetikus (double-click).Ini merupakan cara yang sangat mudah dan cepat jika dibandingkan dengan pencarian melalui kamus buku yang tebal untuk sesuatu perkataan. Dengan cara ini, para pelajar juga akan bertambah minat untuk mempelajari istilah-istilah atau perkataan baru.

Selain dari itu, E-Kamus 6.0 juga dilengkapkan dengan penyemak ejaan dalam Bahasa Melayu yang bertindak menyemak kesalahan ejaan secara automatik. Oleh itu, semua kerja dan dokumentasi yang dihasilkan menerusi komputer dapat disemak ejaannya. Ini dapat menambahkan ketepatan sesuatu hasil kerja oleh pelajar serta pengguna.



E-kamus 6.0 sesuai digunakan pada semua peringkat usia daripada kanak-kanak (pelajar) sehingga dewasa. Kategori istilah matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris telah dirumus khas untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ianya dapat membantu pelajar membuat rujukan istilah dengan lebih cepat dan tepat. Begitu juga kamus-kamus istilah profesional seperti kejuruteraan dan kedoktoran dapat membantu pelajar peringkat IPT membuat rujukan dengan lebih mudah.

Segalanya lebih mudah..hanya di hujung jari!