Salam sejahtera,
![]() |
Paparan butang mula e-Kamus 6.0 |
Selepas pemasangan (installation), e-Kamus perlu diaktifkan. Pengaktifan perisian e-Kamus dibuat dengan klik ikon e-Kamus yang terpapar
di desktop.
Activation Key
Setiap pek e-Kamus dibekalkan dengan satu (1) Activation Key. Activation
Key perlu dikey-in untuk
mengaktifkan e-Kamus.
![]() |
Contoh cetakan Activation Key |
Apa dia Activation Key?
- Satu ciri
keselamatan yang melindungi e-Kamus daripada digunakan oleh komputer lain
tanpa kebenaran pemilik.
- Activation Key dibina dengan sistem keselamatan dan dicetak
secara rawak oleh komputer pengeluar e-Kamus.
- Setiap Activation Key adalah bersifat
individu dan istimewa. Setiap Activation Key hanya dicetak sekali sahaja.
- Pengaktifan
Activation Key yang sama pada
komputer kedua akan menyahaktifkan e-Kamus pada komputer pertama dengan
serta merta.
- Jika
berlaku keadaan seperti perlu format komputer atau menukar komputer
baharu, hanya install perisian
dan aktifkan semula Activation Key.
Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami ya ;)