Bahagian paling penting bagi pengguna dalam Kamus Editor ialah database (pangkalan data). Semua entri yang dikumpulkan oleh pengguna adalah bersifat individu dan cara penyimpanan entri yang betul perlu diambil kira.
Semua menu di bawah boleh
digunakan untuk mengedit pangkalan data.
1. Add/Update
2. Delete
3. Clear
4. Search
5. First Record
(I<<)
6. Next Record (>)
7. Previous Record
(>>I)
8. Total of Record
Penambahan data dalam
pangkalan data
Apabila pangkalan data telah
dibina, klik <Open> untuk membuka fail tersebut. Terdapat tiga (3)
komponen utama dalam pangkalan data:
1. Kata Kunci (Keyword)
– Kata kunci untuk mencari perkataan.
2. Penjelasan Makna
(Text Description) – Menjelaskan makna perkataan.
3. Carian Teks (Search
Text) – Carian kata dalam pangkalan data.
Cara untuk memasukkan
data
1. Masukkan perkataan ke
dalam ruangan ‘Keyword’.
2. Masukkan penjelasan
makna perkataan ke ruangan ‘Text Description’.
3. Klik
<Add/Update> untuk simpan.
4. Klik <Clear>
untuk reset.
5. Jika silap atau tidak perlu, klik
<Delete> untuk buang perkataan tersebut.
Nota:
Data yang telah disimpan boleh dibaca semula dengan menaip perkataan tersebut
di ‘Search Text’.
Bagaimana mengedit
pangkalan data sedia ada?
1. Sila klik:
a. Untuk Window 7 - (My
Computer\C:\Program Data\Dictionary502).
b. Untuk Window XP – (My
Computer\C:\Document & Setting\All Users\Dictionary502).
2. Pilih kamus yang
hendak diedit. Cth: ATEM.dic.
3. Tukar format ‘.dic’
kepada ‘.edc’ (klik kanan dan rename fail kepada .edc).
4. Dwi klik fail ‘.edc’
untuk proses edit.
5. Setelah
selesai, tukar kepada format ‘.dic’ dan pastikan fail berada di Program
Data\Dictionary502.
6. Buka program e-Kamus. Remove fail lama dan tambahkan fail yang telah diedit.
Nota:
Adalah diingatkan supaya sentiasa menyimpan fail yang telah diedit untuk
kegunaan akan datang. Ini kerana hanya anda yang mempunyai fail tersebut.
Diharap tutorial yang dibuat adalah jelas dan bermanfaat. Jika mempunyai masalah bolehlah hubungi kami :)
Jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment