Bestsoft Enterprise

HUBUNGI KAMI SEKARANG!

Syarikat Bestsoft Enterprise pengedar tunggal perisian e-Kamus 6.0. Tidak terdapat di pasaran luar seperti kedai buku. Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
>> Isi borang di sebelah kanan blog.

ATAU

>> Telefon kami di 0192337847 atau 0126863902

ATAU

>> e-Mel - zahari.ekamus@gmail.com
Jangan tunggu lagi. Dapatkan e-Kamus 6.0 sekarang!!

Wednesday, October 29, 2014

Kamus Editor (Bahagian 1 - Fail )

Salam sejahtera,


Bahagian pertama (1) dalam Kamus Editor ialah Fail (File). Menu sedia ada adalah untuk tujuan capaian fail sedia ada dan juga membina fail baharu untuk disimpan. Sekiranya pengguna perlu membuka fail dari database, beberapa menu mudah disediakan.

Cara penggunaan adalah seperti di bawah:

    1.      New
                  Menu ‘New’ adalah untuk membina fail dalam pangkalan data. Untuk membina                  pangkalan data:
             i.   Klik ‘New’.
             ii.  Taip nama fail. Cth: “English-Malay” dan klik <Create>.

             iii.  Pilih lokasi untuk simpan fail.
             iv.  Pastikan fail dalam format ‘.edc’.

2.      Open
     Dengan klik menu ‘Open’, pangkalan data boleh mula dibina.

3.      Close
     Menu untuk menutup tetingkap pangkalan data. Data-data yang telah diedit akan disimpan secara automatik dalam pangkalan data.

4.      Import
    Menu ‘Import’ membolehkan pengguna memasukkan pangkalan data lain ke dalam pangkalan data yang sedang dibuat.
              i.    Buka fail atau bina fail baharu.
              ii.   Klik butang <Import>, pilih fail yang hendak dimasukkan dan klik <Open>.
              iii.  Tunggu hingga proses selesai.


5.      Export
    Untuk eksport pangkalan data:
              i.   Pilih pangkalan data yang hendak dieksport.
              ii.  Klik <Export> dan pilih lokasi untuk simpan. Sila pastikan fail tersebut adalah dalam format ‘.dic’.
              iii. Klik <Save> dan tunggu hingga proses selesai.


  
Nota: Jangka masa proses adalah bergantung pada saiz fail yang dieksport. Setelah selesai, kandungan pangkalan data tersebut boleh dimasukkan ke dalam program e-Kamus melalui menu Opsyen <Add/Remove Dictionary>. 


...bersambung --> Kamus Editor (Bahagian 2 - Formatted Text).

No comments: