Bestsoft Enterprise

HUBUNGI KAMI SEKARANG!

Syarikat Bestsoft Enterprise pengedar tunggal perisian e-Kamus 6.0. Tidak terdapat di pasaran luar seperti kedai buku. Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
>> Isi borang di sebelah kanan blog.

ATAU

>> Telefon kami di 0192337847 atau 0126863902

ATAU

>> e-Mel - zahari.ekamus@gmail.com
Jangan tunggu lagi. Dapatkan e-Kamus 6.0 sekarang!!

Thursday, April 28, 2016

Iktiraf (1)

Salam sejahtera,

e-Kamus telah diguna secara meluas di Malaysia. Berdasarkan kebolehpercayaan, kelebihan e-Kamus diakui oleh pengguna sendiri.


Jika tak percaya, boleh cuba. Hubungi kami segera :)

Monday, February 29, 2016

Demonstrasi Penggunaan e-Kamus 6.0

Salam sejahtera,

Cara penggunaan e-Kamus 6.0 adalah mudah, ringkas dan senang dipelajari. Sebagai tambahan, demonstrasi di YouTube ini juga boleh dijadikan panduan.


Moga bermanfaat!

Thursday, October 30, 2014

Kamus Editor (Bahagian 3 - Database)

Salam sejahtera,

Bahagian paling penting bagi pengguna dalam Kamus Editor ialah database (pangkalan data). Semua entri yang dikumpulkan oleh pengguna adalah bersifat individu dan cara penyimpanan entri yang betul perlu diambil kira.

Semua menu di bawah boleh digunakan untuk mengedit pangkalan data.
1.      Add/Update
2.      Delete
3.      Clear
4.      Search
5.      First Record (I<<)
6.      Next Record (>)
7.      Previous Record (>>I)
8.      Total of Record

Penambahan data dalam pangkalan data

Apabila pangkalan data telah dibina, klik <Open> untuk membuka fail tersebut. Terdapat tiga (3) komponen utama dalam pangkalan data:


1.      Kata Kunci (Keyword) – Kata kunci untuk mencari perkataan.
2.      Penjelasan Makna (Text Description) – Menjelaskan makna perkataan.
3.      Carian Teks (Search Text) – Carian kata dalam pangkalan data.

 Cara untuk memasukkan data
1.      Masukkan perkataan ke dalam ruangan ‘Keyword’.
2.      Masukkan penjelasan makna perkataan ke ruangan ‘Text Description’.
3.      Klik <Add/Update> untuk simpan.
4.      Klik <Clear> untuk reset.
5.      Jika silap atau tidak perlu, klik <Delete> untuk buang perkataan tersebut.

Nota: Data yang telah disimpan boleh dibaca semula dengan menaip perkataan tersebut di ‘Search Text’.

Bagaimana mengedit pangkalan data sedia ada?

1.      Sila klik:
a.      Untuk Window 7 - (My Computer\C:\Program Data\Dictionary502).
b.      Untuk Window XP – (My Computer\C:\Document & Setting\All Users\Dictionary502).

2.      Pilih kamus yang hendak diedit. Cth: ATEM.dic.
 

  
3.      Tukar format ‘.dic’ kepada ‘.edc’ (klik kanan dan rename fail kepada .edc).
4.      Dwi klik fail ‘.edc’ untuk proses edit.
5.      Setelah selesai, tukar kepada format ‘.dic’ dan pastikan fail berada di Program Data\Dictionary502.
6.      Buka program e-Kamus. Remove fail lama dan tambahkan fail yang telah diedit.


Nota: Adalah diingatkan supaya sentiasa menyimpan fail yang telah diedit untuk kegunaan akan datang. Ini kerana hanya anda yang mempunyai fail tersebut.

Diharap tutorial yang dibuat adalah jelas dan bermanfaat. Jika mempunyai masalah bolehlah hubungi kami :)

Jumpa lagi!!

Kamus Editor (Bahagian 2 - Formatted Text)

Salam sejahtera,

Semua menu untuk 'formatted text' di bawah boleh digunakan untuk membina database (pangkalan data). Di bahagian ini pengguna boleh memilih jenis font, warna dan menambah gambar dalam entri.


...bersambung --> Kamus Editor (Bahagian 3 - Database).

Jumpa lagi!!

Wednesday, October 29, 2014

Kamus Editor (Bahagian 1 - Fail )

Salam sejahtera,


Bahagian pertama (1) dalam Kamus Editor ialah Fail (File). Menu sedia ada adalah untuk tujuan capaian fail sedia ada dan juga membina fail baharu untuk disimpan. Sekiranya pengguna perlu membuka fail dari database, beberapa menu mudah disediakan.

Cara penggunaan adalah seperti di bawah:

    1.      New
                  Menu ‘New’ adalah untuk membina fail dalam pangkalan data. Untuk membina                  pangkalan data:
             i.   Klik ‘New’.
             ii.  Taip nama fail. Cth: “English-Malay” dan klik <Create>.

             iii.  Pilih lokasi untuk simpan fail.
             iv.  Pastikan fail dalam format ‘.edc’.

2.      Open
     Dengan klik menu ‘Open’, pangkalan data boleh mula dibina.

3.      Close
     Menu untuk menutup tetingkap pangkalan data. Data-data yang telah diedit akan disimpan secara automatik dalam pangkalan data.

4.      Import
    Menu ‘Import’ membolehkan pengguna memasukkan pangkalan data lain ke dalam pangkalan data yang sedang dibuat.
              i.    Buka fail atau bina fail baharu.
              ii.   Klik butang <Import>, pilih fail yang hendak dimasukkan dan klik <Open>.
              iii.  Tunggu hingga proses selesai.


5.      Export
    Untuk eksport pangkalan data:
              i.   Pilih pangkalan data yang hendak dieksport.
              ii.  Klik <Export> dan pilih lokasi untuk simpan. Sila pastikan fail tersebut adalah dalam format ‘.dic’.
              iii. Klik <Save> dan tunggu hingga proses selesai.


  
Nota: Jangka masa proses adalah bergantung pada saiz fail yang dieksport. Setelah selesai, kandungan pangkalan data tersebut boleh dimasukkan ke dalam program e-Kamus melalui menu Opsyen <Add/Remove Dictionary>. 


...bersambung --> Kamus Editor (Bahagian 2 - Formatted Text).