Bestsoft Enterprise

HUBUNGI KAMI SEKARANG!

Syarikat Bestsoft Enterprise pengedar tunggal perisian e-Kamus 6.0. Tidak terdapat di pasaran luar seperti kedai buku. Hubungi kami untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
>> Isi borang di sebelah kanan blog.

ATAU

>> Telefon kami di 0192337847 atau 0126863902

ATAU

>> e-Mel - zahari.ekamus@gmail.com
Jangan tunggu lagi. Dapatkan e-Kamus 6.0 sekarang!!

Wednesday, October 29, 2014

Kamus Editor

Salam sejahtera,

Salah satu fungsi menarik dalam e-Kamus ialah Kamus Editor.


Apa itu Kamus Editor?

Fungsi Kamus Editor membolehkan pengguna membina kamus sendiri; sama ada membina kamus yang baharu atau menambah entri pada kamus sedia ada. Secara ringkasnya, selain kamus yang tersedia, anda boleh membina kamus anda sendiri. Contohnya kamus bahasa Perancis, Arab dan Korea ;). 

Selain dari itu anda boleh:

1.   membina kamus sendiri seperti kamus bahasa asing atau kamus istilah.
2.   mengedit kamus sedia ada.
3.  memasukkan kamus dari fail yang lain kepada format e-Kamus 6.0 (.edc >.dic).
4.  mengubah suai format teks mengikut kesukaan anda.

Fungsi suntingan kamus boleh dikategorikan kepada tiga (3):

1.     Fail (File) - untuk capaian fail sedia ada atau menambah fail baharu.
2.     Formatted Text - format input dibuat di sini
3.     Pangkalan Data (Database) - semua input tersimpan dalam database dan boleh                  diolah mengikut kehendak pengguna.

Begitulah secara ringkasnya. Nanti kami jelaskan lagi dalam entri akan datang.

     Jumpa lagi :)

TALKENGLISH.com

Salam sejahtera,

Satu fungsi baharu telah dimasukkan bagi memantapkan lagi penggunaan e-Kamus. Capaian mudah ke laman web TALKENGLISH.com adalah diharap dapat membantu pengguna untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik dan berkesan.

TALKENGLISH.com?

Ya, satu laman web untuk anda meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Kaedah pembelajaran ini menggalakkan pengguna belajar dengan cara;
baca – dengar – sebut

Tersedia di laman web ini modul-modul ringkas berdasarkan perkara-perkara dalam kehidupan seharian. Secara teorinya, penguasaan pengguna dalam percakapan akan meningkatkan penguasaan bahasa dengan lebih mudah dan sangat berkesan. Sudah pastinya ia memerlukan latihan dan usaha berterusan.

Di laman web telah tersedia modul pembelajaran dan penerangan kaedah pembelajaran. Juga terdapat ruangan ’Forum’ bagi pengguna berhubung dengan pengguna lain secara online.

Kaedah penggunaan

1.Klik shortcut Learn English di desktop komputer.
               














2. Pilih modul yang hendak dipelajari.



















3. Baca ayat seperti dalam modul.


4. Klik ayat tersebut untuk mendengar sebutan (pronunciation) yang betul.



5. Latihan sebutan ayat tersebut hingga dapat menguasainya.


Begitulah serba sedikit cara-cara menggunakan program Learn English ini. Menarik kan? Tapi apa pula kaitannya dengan e-Kamus? Hmmm..jom semak! :)

Bagaimana e-Kamus boleh membantu?

Gunakan e-Kamus untuk mendapatkan makna ayat yang anda pelajari. Carian makna perkataan dan Desktop Translator dengan menggunakan e-Kamus adalah berkesan untuk tujuan ini.

1. Aktifkan Desktop Translator.

2. Pastikan:
i.  ‘Language to translate’ di setkan kepada ‘English – Malay’.
ii. Aktifkan kotak ‘Read from Clipboard (Auto Translate)’.


3. Highlight ayat yang hendak diterjemah dan copy.


  
4. Teks akan terus diterjemah di Desktop Translator.


Mudah kan? Selamat mencuba dan jumpa lagi :)

Desktop Translator

Salam sejahtera,

e-Kamus dilengkapi dengan fungsi terjemahan ayat dengan mengguna-pakai perkongsian pangkalan data sumber terbuka bagi memudahkan pemahaman teks di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Cara ini juga membolehkan teks difahami dengan lebih baik.

Fungsi terjemahan ini boleh digunakan pada semua program seperti Microsoft Word, Adobe Reader dan lain-lain program yang membenarkan fungsi ‘copy’.

Langkah-langkah penggunaan Translator.


1.   Aktifkan fungsi Translator.
2.  Pilih kamus yang hendak digunakan. Buat masa ini, terdapat dua (2) kamus sedia ada dalam fungsi ini.
3.  Terdapat dua cara untuk menterjemah.
            i. Taip teks
                - Taip teks yang hendak diterjemahkan dan klik butang <Translate>.
                 
                  Langkah-langkahnya:
 1.      Taip teks di ruangan ‘Type text to translate’
 2.      Klik <Translate> .
 3.      Lihat hasil terjemahan di ruangan ‘Translation Text’.
 4.      Klik <Clear> jika ingin membuat terjemahan lain.

            ii. Copy dan paste teks
                 -  Artikel sedia ada juga boleh diterjemah dengan Translator ini.


                           Langkah-langkahnya:
                           1. Copy ayat/teks yang hendak diterjemah.
                           2. Paste ayat/teks di ruangan ‘Type Text to Traslate’.
                           3. Klik Translate untuk mendapatkan hasil terjemahan.
 

Selain daripada itu, pengaktifan butang ‘Read from Clipboard (Auto Translate), setiap ayat yang disalin (copy) akan terus diterjemah tanpa perlu klik paste.
       1. Klik Desktop Translator.
            2. Aktifkan Read from Clipboard (Auto Translate).
            3. Klik kanan pada mouse untuk copy ayat/teks yang hendak diterjemah.
               Tetingkap Desktop Translator akan terus menterjemah untuk anda.


Ambil perhatian juga pada tips di bawah ya :)


Jumpa lagi!!

Fungsi Suara (Voice Function)

Salam sejahtera, 

Program e-Kamus telah dibina  dengan fungsi suara sebutan bahasa Inggeris; British pronunciation. Medium ini membolehkan pengguna memilih di antara tiga (3) jenis suara dalam program e-Kamus, dengan sebutan bahasa yang betul. Implementasi sebutan dengan suara sebenar (bukan mesin, dll) dalam fungsi suara program e-Kamus dapat didengar melalui:

1.      Carian Automatik (Auto Search)
2.      Dwi Klik
3.      X-View

Carian Automatik (Auto Search)

Pengguna boleh mendengar sebutan bahasa melalui tetingkap ‘Word List’.
 


1.      Sila aktifkan butang ‘Pronounce by:’ dalam ‘Word List’.
2.      Pilih mod suara yang hendak digunakan.
3.      Klik perkataan yang hendak didengar sebutannya.

Dwi Klik

Untuk pengaktifan:

1.     Sila aktifkan butang ‘Pronounce by:’ dalam ‘Word List’.
2.     Dwi Klik perkataan menggunakan kaedah imbas dan klik perkataan dari sumber bacaan.
3.     Pilih mod suara yang hendak digunakan.


X-View

Menu X-View adalah cara bacaan lanjutan dari menu Dwi Klik. Bacaannya lebih terperinci dan dapat dibaca serta didengar dengan lebih teliti.

Untuk pengaktifan:

1.      Sila aktifkan butang ‘X-View’ pada tetingkap sebutan Dwi Klik.
2.      Klik <Read> untuk memulakan fungsi suara.
3.      Klik <Stop> untuk menghentikan bacaan.
4.      Pilih mod suara yang hendak digunakan.


Jumpa lagi ;)

Monday, October 13, 2014

Kaedah Carian Makna: Text Capture

Salam sejahtera,

Jom semak kaedah pencarian makna yang lebih mudah iaitu kaedah carian makna menggunakan mouse click. Terdapat dua (2) jenis kaedah imbasan perkataan iaitu:


1. Read from Clipboard; dan,

2. Double-Click.

Read from Clipboard



Terdapat beberapa program yang tidak membenarkan fungsi 'copy'. Maka kaedah carian 'Read from Clipboard' adalah sesuai digunakan.



Pengaktifan Read from Clipboard.
1. Buka perisian e-Kamus.
2. Klik ‘Option’ dan pilih ‘Text Capture Mode’.
3. Tanda (/) pada menu ‘Read from Clipboard’.


Cara penggunaan
1. Imbas (highlight) perkataan dengan tetikus.
2. Tekan (Ctrl + C) pada papan kekunci.
      3. Paparan hasil carian makna.

     -------------------------------------------------------------------------------

     Double-Click

     Kaedah kedua ialah 'Double Click'  atau dwi-klik. Ini merupakan kaedah paling mudah dan pantas; dengan 'double-click' perkataan dan maknanya akan diberi.

    Pengaktifan mod Double-Click

1.      Buka perisian e-Kamus.
2.      Klik ‘Option’ dan pilih ‘Text Capture Mode’.
3.      Pilih (/) pada Dwi Klik (Double Click).


     Cara penggunaan

1.      Imbas perkataan dengan tetikus.
2.      Dwi klik perkataan.
3.      Paparan hasil carian makna.


     Kekurangan Kaedah Dwi Klik

1.      Tidak boleh imbas perkataan yang berbentuk format gambar.
2.      Tidak boleh imbas perkataan yang berformat fail ‘.hlp’.

     Tips Tambahan


      1.     Tutup tetingkap utama e-Kamus supaya ‘Text Capture’ berfungsi dengan lancar.
      2.     Setkan ‘Windows Taskbar’ kepada ‘Always on Top’ supaya perisian e-Kamus boleh dicapai dengan mudah apabila diperlukan.
      3.    Untuk mengelakkan gangguan atau kegagalan menjalankan fungsi perisian e-Kamus, sila nyah aktifkan ‘Text Capture’ jika hendak klik pada ‘hyperlink’.

Moga bermanfaat. Jumpa lagi!
-

Monday, July 14, 2014

Kaedah Carian Makna: 'Keyboard'

Salam sejahtera,

Terdapat tiga (3) cara carian makna menggunakan keyboard (papan kekunci); iaitu:

  1. Taip perkataan terus di ruangan carian makna.
  2. Carian makna menggunakan simbol ‘?’
  3. Carian Automatik

Disertakan di sini langkah-langkah penggunaannya.


Kaedah menaip terus di ruangan carian makna

Kaedah carian menggunakan simbol '?'

Kaedah carian automatik

Tips Tambahan

1.         Untuk memulakan pencarian baharu, tekan butang ‘ESCAPE’ di papan kekunci.
2.         Copy dan paste - Anda boleh copy dan paste teks yang terdapat di tetingkap penerangan e-Kamus.
            Untuk berbuat demikian, sila klik kanan tetikus anda dan copy.

Sekian dahulu dan jumpa lagi!

Wednesday, July 9, 2014

Kaedah Carian Makna Perkataan

Assalamu'alaikum..

Salam sejahtera semua :)

Jom kita tengok bagaimana untuk mencari makna perkataan menggunakan perisian e-Kamus 6.0.

Terdapat dua (2) kaedah carian makna perkataan:

A)    Papan Kekunci (Taip) - dengan tiga (3) cara carian 

  1. Taip perkataan terus di ruangan carian makna.
  2. Carian makna menggunakan simbol ‘?’
  3. Carian Automatik

B)     Tetikus (Mouse click) - dengan dua (2) jenis imbasan perkataan.

  1. Read from Clipboard, dan
  2. Dwi Klik (Double click).

Nanti kami jelaskan lagi dalam next entry.


Jumpa lagi!