Assalamualaikum semua,
Salam sejahtera,
Diperkenalkan produk kami, E-Kamus
6.0; yang merupakan perisian dwi-bahasa (Melayu-Inggeris, Inggeris-Melayu) dengan himpunan pelbagai kamus.
Ia dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran pada hari ini.
Fungsi pengimbas (text capture) membolehkan pelajar mendapatkan makna perkataan hanya dalam sesaat melalui sentuhan tetikus (double-click).Ini merupakan cara yang sangat mudah dan cepat jika dibandingkan dengan pencarian melalui kamus buku yang tebal untuk sesuatu perkataan. Dengan cara ini, para pelajar juga akan bertambah minat untuk mempelajari istilah-istilah atau perkataan baru.

Selain
dari itu, E-Kamus 6.0 juga dilengkapkan dengan penyemak ejaan dalam Bahasa Melayu yang bertindak menyemak
kesalahan ejaan secara automatik. Oleh itu, semua kerja dan dokumentasi yang
dihasilkan menerusi komputer dapat disemak ejaannya. Ini dapat menambahkan
ketepatan sesuatu hasil kerja oleh pelajar serta pengguna.
E-kamus
6.0 sesuai digunakan pada semua peringkat usia daripada kanak-kanak (pelajar)
sehingga dewasa. Kategori istilah matematik
dan sains dalam Bahasa Inggeris telah dirumus khas untuk kegunaan
pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ianya dapat membantu pelajar
membuat rujukan istilah dengan lebih cepat dan tepat. Begitu juga kamus-kamus
istilah profesional seperti kejuruteraan
dan kedoktoran dapat membantu
pelajar peringkat IPT membuat
rujukan dengan lebih mudah.
Segalanya lebih mudah..hanya di hujung jari!

No comments:
Post a Comment