Bahagian pertama (1) dalam Kamus Editor ialah Fail (File). Menu sedia ada adalah untuk tujuan capaian fail sedia ada dan juga membina fail baharu untuk disimpan. Sekiranya pengguna perlu membuka fail dari database, beberapa menu mudah disediakan.
Cara penggunaan adalah seperti di bawah:
1.
New
Menu ‘New’
adalah untuk membina fail dalam pangkalan data. Untuk membina pangkalan data:
i. Klik
‘New’.
ii. Taip
nama fail. Cth: “English-Malay” dan klik <Create>.
iii. Pilih
lokasi untuk simpan fail.
iv. Pastikan
fail dalam format ‘.edc’.
2.
Open
Dengan klik menu ‘Open’, pangkalan data boleh mula dibina.
3.
Close
Menu untuk menutup tetingkap pangkalan
data. Data-data yang telah diedit akan disimpan secara automatik dalam
pangkalan data.
4. Import
Menu ‘Import’
membolehkan pengguna memasukkan pangkalan data lain ke dalam pangkalan data
yang sedang dibuat.
i. Buka
fail atau bina fail baharu.
ii. Klik
butang <Import>, pilih fail yang hendak dimasukkan dan klik <Open>.
iii. Tunggu
hingga proses selesai.
5. Export
Untuk eksport pangkalan data:
i. Pilih
pangkalan data yang hendak dieksport.
ii. Klik
<Export> dan pilih lokasi untuk simpan. Sila pastikan fail tersebut
adalah dalam format ‘.dic’.
iii. Klik
<Save> dan tunggu hingga proses selesai.
Nota:
Jangka masa proses adalah bergantung pada saiz fail yang dieksport. Setelah
selesai, kandungan pangkalan data tersebut boleh dimasukkan ke dalam program
e-Kamus melalui menu Opsyen <Add/Remove Dictionary>.
...bersambung --> Kamus Editor (Bahagian 2 - Formatted Text).