Tuesday, July 8, 2014

Penyemak Ejaan bahasa Malaysia dalam MS Word

Salam sejahtera,

Selain carian makna perkataan, pengguna e-Kamus 6.0 diberi ‘bonusPenyemak Ejaan bahasa Malaysia dalam MS Word.  Ini boleh digunakan bersama-sama Word 2003 – 2010 (buat masa ini).

Penyemak ejaan ini berfungsi membuat penyemakan setiap perkataan bahasa Malaysia yang ditaip dan sekiranya terdapat kesalahan ejaan pada perkataan, e-Kamus akan mencadangkan perkataan yang tepat dan bersesuaian. Ini dapat membantu pelajar mempercepatkan lagi proses penyediaan sesuatu kertas kerja manakala kesalahan ejaan dalam bahasa Malaysia dapat dihindarkan.


Contoh penggunaan semakan ejaan

Penyemak ejaan ini dipasang (install) serentak dengan e-Kamus 6.0. Sekiranya perkataan tersebut salah ejaannya, ia akan digariskan merah (biasanya) dan anda hanya perlu klik kanan untuk cadangan perkataan yang betul.

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Feedback anda dialu-alukan :)